Hmmm saya mula rungsing dengan hala tuju blog ini. Daripada 2 entri yang lepas, satunya tempat saya melepaskan perasaan saya, dan satu lagi berkenaan ilmu dunia tentang blogging. Walaupun pengisiannya tidak seberapa, harapnya kedua-dua blog itu masih bermanfaat untuk kita semua.
Bicara Tentang Ikhlas
Di malam yang tenang ini mari kita berbicara tentang Ikhlas. Tidaklah saya seorang alim atau abid yang pakar dalam subjek ikhlas ini, akan tetapi saya si semut masih mahu berkongsi tentang tajuk ini dari perspektif saya sendiri.
Sebagaimana yang diketahui ramai, dikatakan orang bahawa ikhlas itu seperti seekor semut yang berwarna hitam, di atas batu yang berwarna hitam gelap, dan di malam yang gelap gelita. Begitulah tersembunyinya ikhlas tu, semut yang begitu kecil dan berwarna hitam dalam persekitaran yang demikian, langsung tidak akan dapat dijumpai oleh orang, walau pun dengan mencarinya dengan bersungguh-sungguh. Jika kita renungkan dalam konteks ikhlas, sifat ikhlas itu membuatkan kita melakukan amal kebaikan kerana Allah semata-mata dan tidak bercampur dengan sebab atau alasan sampingan yang lain.
Sebagai contoh, jika kita mahu berpuasa sunat, hendaklah kita ketepikan dan abaikan sebab-sebab yang lain, berpuasa niatnya tulus kerana beribadat kepada Allah sahaja. Banyak sebab yang lain, seperti untuk kuruskan badan, untuk jimatkan perbelanjaan, untuk jimatkan masa (tak perlu keluar makan), untuk join kawan lain yang berpuasa dan lain-lain lagi hendaklah kita ketepikan. Dalam erti kata yang lain, hendaklah kita istiqamah, tak kira lah sama ada kita gemuk atau kurus, sama ada kita ada duit atau tak ada untuk membeli makanan atau mungkin pada hari itu ada makanan percuma yang akan disediakan, tak kira sama ada kita sibuk dan tak sempat keluar untuk makan, tak kira ada kawan yang puasa atau tidak bersama kita, ya tak kira keadaan semua itu, kita puasa hanya kerana Allah semata-mata, itu lah yang terbaik. ISTIQAMAH, tetap dengan amalan tersebut, bukannya bermusim atau atas sebab-sebab keadaan duniawi, itu adalah tanda-tanda ikhlas.
Satu lagi analogi untuk ikhlas ialah, apabila tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Apabila memikirkan analogi ini, saya terfikirkan tentang amalan-amalan baik yang telah saya lakukan. Berapa keratlah antara amalan-amalan yang sedia sedikit itu benar-benar ikhlas kerana Allah dan mempunyai nilai di sisi Allah.
Oleh sebab itu, berhati-hatilah apabila kita mahu berkongsi dengan orang lain tentang amalan-amalan baik, tak kena gaya ikhlas kita hilang dan sifat ujud dan takabur pula yang bertandang. Walaupun kita menyebutnya dengan ayat dan intonasi yang paling merendah diri, masih perlu kita hati-hati, kerana sifat-sifat yang tidak baik ini datang dari dalam diri kita sendiri. Ah.. susah betul bab ikhlas ni.
Selain daripada itu, hendaklah kita ingat juga, supaya kita tidak bertanyakan kepada orang tentang amalan-amalan orang lain. Kenapa? Sebabnya, jika kita bertanya, susah lah orang itu mahu jawab, jika ia mengaku membuat amalan tersebut maka darjah ikhlasnya boleh tergugat, dan jika tidak mengaku, menjadi bohong lah pula. Jika ada kawan-kawan saya bertanya kepada saya, adakah awak berpuasa? Maka untuk mengingatkan kawan itu, saya akan jawabnya dengan jawapan "Wrong question!" (Soalan salah!), dengan erti kata lain, perkara itu adalah perkara peribadi yang tak perlu kita hebahkan.
Harapnya nota yang begitu ringkas ini dapat difahami oleh pembaca semua.

Allahu'a'lam (Allah jugalah yang Maha Mengetahui)
Wassalam
- si semut
Salam Si semut...
ReplyDeleteIzinkan kak su berkata-kata kat sini ye?
Walaupun tanpa suara... :)
Ikhlas... kak su pernah terbaca; "Ikhlas tu milik Allah. Kita manusia tak mampu nak menilai keikhlasan org, tak layak juga untuk meletakkan tahap untuk nilai ikhlas dalam setiap apa yg dilakukan.
Yang sering berkata dirinya ikhlas... seperti menderma, membantu dsb, kadang tu sebenarnya tak seikhlas mana pun. Kalau ikhlas, pastinya ia hanya tersimpan di hati, tanpa ada kenyataan dikeluarkan."
Terkedu membacanya... menilai kembali tahap ikhlas yg ada dlm hati. Memang benar ikhlas itu sukar nak dinilai. Selalu berkata diri ini ikhlas bila melakukan sesuatu... Namun bila difikirkan kembali, keikhlasan mmg tak sepatutnya digembar-gemburkan, atau diberitahu. Kerana setiap kali diberitahu yg diri ikhlas melakukan sst, harga ikhlas itu semakin kurang rasanya. Malu dgn diri sendiri bila teringat ikhlas yg diceritakan... hancur...
Segalanya yg kamu tulis adalah benar. Apa yg kak su catatkan disini, sekadar suara hati sendiri... mengambil peluang diruangan komen yg disediakan.
Wassalam.
salam...wah ikhlas nie,,tinggi pengertian dia..ikhlas bg kalimah tauhid ialah jgn syirik pd Allah..ikhlas bgi fizikal ,jgn guna pd benda haram...
ReplyDeleteWahai Suara Kak Su,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi di sini.
Benar tu.. itu lah betapa halusnya ikhlas. Perkara yang dibuat bertahun dulu pun boleh rosak dengan satu pernyataan sahaja, kekadang walau tak dinyata pun, dalam hati ni ada rasa hebat, ujud dan bangga diri pula.
Astaghfirullahalazhim. Semoga kita diperlihara oleh Allah dari sifat-sifat yang tak baik tu.
Wahai Anak Pendang,
Hmmm Pengertian ikhlas kamu itu amat dalam.. belum lagi saya belajar sampai di situ.
Semoga kita semua diberi petunjuk dan kekuatan oleh Allah untuk meredah jalan yang benar yang penuh cabaran di dunia ini.
Wasalam.
- Si Semut